Kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 8 September 2018, adalah kenyataan balas terhadap Pejabat Peguam Negara, mengenai bayaran RM9.5 juta yang didakwa fi guaman bagi kes liwat dua, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.<br />Saksi ketiga pendakwaan, Ida Lim Lee Ting berkata, kenyataan oleh Muhammad Shafee merujuk kepada dakwaan bahawa bayaran itu, ketika beliau menjadi Pendakwa Raya Ad-Hoc untuk rayuan kes liwat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.